Ash hadu anla ilaha Illallah,
Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah...
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah
Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah
ni lah tema lagu telemovie ~PUJI PUJIAN~
sebuah telemovie yg telah menjatuhkan air mata aku...ya Allah betapa sedihnya kisah seorang lelaki tua yang boleh aku panggilkan 'ATUK'kisahnya bermula setelah kematian isterinya & anak2 yang amat dikasihinya..cuba kamu semua bayangkan betapa hebatnya telemovie arahan anak pak Aziz nih..nama atuk ni adalah atuk Sadali..asal kehidupan atuk sadali amatlah sempurna dengan kewangan yang kukuh,rumah besar,ada kebun yang besar di kampung dan keluarga yang bahagia..tetapi hidupnya berubah setelah kemalangan jalan raya yang menyebabkan semua ahli keluarganya meninggal dunia dan terus meninggalkan atuk seorang diri tanpa sanak saudara..selepas kejadian itu dia mengambil keputusan untuk menetap di masjid kg sehingga ke akhir hayatnya..di samping atuk sadali menetap di masjid kampung itu,atuk tidaklah hanya bersahaja,dia telah merelakan dirinya dan mempertanggungjawabkan dirinya kepada seluruh anak2 kampung dengar mengajar mengaji selama berbelas2 tahun sepanjang keberadaan atuk di masjid itu,tetapi bahagia atuk tidak lah berterusan..setelah anak2 muridnya membesar dan belajar tinggi hingga ke university timbullah pula episod baru dalam kisah hidup atuk sadali..kemunculan ZUBAIDAH anak kepada salah seorang cikgu di kg itu telah merubah segalanya..zubaidah ingin mengambil alih dan mahu mengubah cara lama kepada cara yang lebih sistemetik dalam cara mendalami ilmu agama di kg itu dan mula lah perpecahan kepada masyarakat kg..banyak masalah berlaku,semua itu akibat angkaran fitnah2 yang cemburukan atuk sadali,mujurlah ada seorang anak murid atuk yang sangat perihatin..dia lah yang menjaga makan minum atuk sadali..apabila tiba masa untuk ZUBAIDAh mengajar kerana pihak jais telah memberi kelulusan kepadanya untuk mengajar anak-anak kampung,atuk sadali di minta berpindah ke rumah besarnya dengan bersyarat akan menjaga semua makan dan minum selagi dirinya bernyawa..tetapi adegan yang sangat2 menyentuh perasaan apabila tiba saat untuk berpindah atuk sadali jadi perhatian apabila dia melangkah keluar dari pagar masjid dia terus meluru ke jalan tanpa hiraukan sesiapa..semua jadi hiba dan rasa bersalah di dalam hati kerana tahu lah semua yang atuk sadali telah lama buta sejak dia tinggal di masjid itu lagi..tetapi semua orang kampung tidak tahu akan hal itu..dan zubaidah berasa sangat bersalah dan memohon maaf kerana tidak tahu yang atuk sadali adalah seorang yang buta oleh sebab keadaan dia itu lah membuatkan dia amat berat untuk tinggalkan masjid yang telah menjadi kediamannya sejak 12tahun lamanya..KISAH SEORANG WARGA TUA YANG CACAT TAPI TIDAK DIKETAHUI OLEH ORANG KAMPUNG>>...
No comments:
Post a Comment